Thursday, October 13, 2011

Insan Istimewa ^___^


Kau Digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkapkan hubungan manusia,
bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa...

Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
jua hatimu bak kaca yang raput,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh,

Tercipta engkau dari rusunk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat di bahu untuk di lindung,
Dekat jua di hati untuk di kasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi...

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datang dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukan harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkau wanita istimewa....

Sedarlah insan istimewa....
bahawa kelembutan bukan kelemahan,,,
bukan jua penghinaan dari Tuhan...
Bahkan sebagai hiasan kecantikan....

1 comment: