Tuesday, December 27, 2011

Perniagaan yang tiada kerugiaan ....

"Siapa yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan ia berkata, 'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"

[QS. Fussilat : 33]




Sesungguhnya dakwah itu adalah wajib untuk setiap Muslim. Namun, dalam perjalanan liku-liku dakwah, tidak semua yang mampu untuk memikulnya. Ada sahaja yang tercicir di pertengahan jalan. Sungguh, jalan dakwah ini amatlah panjang dan penuh dengan cabaran. Tetapi, itu bukanlah satu alasan untuk kita keluar dari jalan dakwah ini. Tidakkah syurga-Nya begitu menggiurkanmu?

dipetik daripada pertandingan video osem APG '11 (RENUNGAN BERSAMA)

Saturday, December 24, 2011

Hikmah Syura ( mesyuarat )


Dipaparkan sebuah cerita perbualan antara seorang ketua ( amer ) dan ahli jawatankuasanya...
Di bilik mesyuarat...

Abu ( ajk tandas ) : mana ketua kita nie...?? Da la selalu sangat buat meeting padahal nak bincang benda2 kecik je pun...zzz ( bengang )
Ahmad ( ajk miyak wangi ) : tu laa... Aku da malas da nak join ajk kalau mcm nie... Selalu sangat mesyuarat... Letih aku dibuatnya...!

Zikri ( pengerusi ) pun masuk ke bilik mesyuarat...

Zikri : Assalamualaikum... Lama ke korg tunggu ... Maaf la aku pergi solat sekejap td.. Tu yg lambt sikit ... Aq tengok korg rancak bual td.. Apa je korg sembang...?
Abu : x de pe cuma ktorg cuma bual2 kosong je...
Zikri : owwh.. Ok la kalo mcm tu... Kita start meeting kita dgn sikit perkongsian ilmu... Korg tau x korang yang ada dalam bilik mesyuarat nie ada lah org2 yang dimuliakan oleh Allah...

Semua dalam bilik tersebut terpimga2...

Ahmad : apasal pulak?
Zikri : haaaa mesti korg nk tw kan... Hahahaha ... Korg dimuliakan sbb korg adalah manusia2 yg terpilih kerana termasuk dalam golongan yg menghadiri sebuah majlis syura..majlis yang selalu diamalkan oleh rasullulah dalam kehidupan harian baginda dgn sahabat2... Rasullulah akan memanggil sahabat untuk bersyura dalam2 hal2 pentadbiran negara ... Hatta walau perkara sekecil membeli tali kasut pun baginda akan bersyura dengan isteri2 baginda...
Abu : ( dengan muka blur...) soo apa yg special sgt syura nie smpi nabi selalu amalkan ?
Zikri : Ia merupakan perintah Allah di dalam quran karim... Begitu hebatnya dan pentingnya syura nie sampai ada 1 surah diturunkan bertajuk syura... Dengan mengikuti perintah Allah dan melaksanakan syua mengikut syariah... Insyallah keberkatan Allah akan turun bersama2 pertolongan Allah untuk memudahkan lagi urusan kita... Antara dalil berkenaan syura ialah :

“...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu...” [Ali Imran (3):159].

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka” [asy-Syura (42):38]

Abu : owhhhhh ... Patut la hang selalu dok buat meeting ... Baru la aq paham... Sori la bro aq baru tau perkara nie... Kalau x aq pun x kesah la klu ada meeting selalu...
Zikri : insyallah dengan kita mengamalkan sunnah dan mengikut perintah yg tercatit dalam Al-Quran ... Allah akan memberkati keputusan yg dibuat oleh majlis perbincangan nie... Sekaligus memudahkan program yg bakal kita jalankn x lama lagi...
Ahmad : bila nk start bincang pasal program nie..??
zikri : ops... Ok2 sori2 lupa pulak... Macam majlis agama la pulak meeting kita nie...

Mereka pun meneruskan perbincanagn untuk program mereka iaitu mewangikan tandas2 yang ada di kolej tempat mereka belajar dengan minyak2 wangi yg bermutu tinggi....

Akan bersambung~~~ XD