Saturday, January 29, 2011

ANTARA SAHABAT DAN IKHWAN

Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Nabi s.a.w dengan Abu Bakar Sidiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarnya...
"Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)", kata Nabi s.a.w. "
"Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar...
"Bukan! Kamu ini adalah sahabat-sahabat ku," jawab Nabi.
Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w. itu dengan penuh kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu mengenainya....
Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka segeralah baginda menghuraikan..
"Ikhwan(saudara-saudara) ku." "Mereka belom pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua mereka."
"Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?'' bertanya sahabat baginda...
"Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku," jelas Nabi.
"wahai Abu Bakar, adakah engkau tidk akan merindui kepada ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau sahabatku?"demikian Nabi menjelaskan perkara itu..
Begitulah Nabi s.a.w. menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Quran dan Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Sidiq dan sahabat-sahabat Nabi yang berjuang pada menegakkan Islam.
dalam suatu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada sahabat-sahabattentang kurniaan iman ikhwan dan sekali lagi mereka menjadi kehairanan..
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya," demikian Nabi bertanya kepada sahabat.
"Malaikat" jawab mereka.
"Bagaimana malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa dengan Allah.. " jawab baginda.
" Para Nabi," jawab mereka lagi.
"bagaimana para Nabi tidak beriman sedangklan wahyu diturunkan kepada mereka?" Nabi s.a.w. membantah jawapan mereka.
"kami" jawab sahabat lagi.
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangklan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Nabi.
betapa hairannya para sahabat mendengar jawapan -jawapan Nabi s.a.w. itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. manakala Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.
"Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku.Mereka membaca Qur'an dan beriman dengan semua isinya." Nabi s.a.w. pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini dalam sabdanya: "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
Demikian lah Nabi s.a.w. mencintai ikhwannya