Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam alaik...
Baru-baru nie ad sahabat penulis telah diuji dengan kesihatan yang kurang baik...
bila ditanya sakita apa dia x mau bg tw...
penulis faham...dan mengutus doa kepada dia....semoga Allah memberi kebaikan keatas ujian yang diberikan kepada nya...
Sebenarnya penulis sendiri agak kurang sihat lately....just pening2 skt je...stress nk exam agaknya...
tapi pernahke kita terfikir...sebenarnya sakit nie adalah nikmat dari Allah???
Penulis baru terbaca satu artikel yang akan menerangkan bagaimana sakit itu mejadi nikmat....
selamat membaca...
Petikan daripada http://ms.langitilahi.com/motivasi-sakit-itu-satu-nikmat/
Semalam saya dah rasa semacam.  Sebetulnya, saya sudah mula rasa perubahan pada tubuh saya mulai  kelmarin. Rasa lemah dan sentiasa mengantuk tak kena masa. Semalam saya  kena selsema. Lama dah tak kena selsema. Lebih teruk lagi, bila saya  bersin, darah keluar dari hidung. Dada juga saya semakin sakit, dan  tulang belakang saya rasa mencucuk-cucuk. Sebelum tidur, kepala saya  rasa berat dan tubuh saya rasa panas.
 
 Pagi tadi, saya tidak  boleh bangun. Tubuh saya jadi sangat panas, hingus sudah meleleh ke  pipi dan ada yang kering, mata saya tertutup dengan tahi mata. Badan  rasa sangat sakit dan tidak boleh bergerak. Saya ada janji untuk  menghadiri tazkirah Subuh yang dibuat oleh rakan-rakan.
 
 Saya rasa hati saya  sakit. Saya memang nak sangat pergi. Kerana saya telah berjanji.
 
 Tetapi apakan daya,  saya sakit.
 
 Lama saya berfikir di  pembaringan tadi.
 
 Akhirnya, saya dapat  sesuatu.
 
 Sakit itu satu nikmat  juga sebenarnya.
 
 
 
Nikmat Peringatan
 
Kita perlu sedar bahawa kita adalah  manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada  antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula  kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan  sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah  sihat.
 
 Ketika itu kita akan  tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material  lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila  disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita  beringat.
 
 Kadangkala kita akan  terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat  sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita  yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.
 
 Ada pepatah berkata:
 
 “Hanya orang yang  miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan,  dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”
 
 Sakit, mampu  menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT  berbisik kepada kita:
 
 “Sesungguhnya Aku  mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
 
 
 
Maka wajiblah kita memperingatkan diri
 
Allah SWT berfirman:
 
 “Demi  Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan  kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman  dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar”  Surah Al-Baqarah ayat 155.
 
 “Dan  patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada  setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap  juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?”  Surah At-Tawbah ayat 126.
 
 “Alangkah  baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan  insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah  Al-An’am ayat 43.
 
 “Tidak  ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri  kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami  menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan,  bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati  dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak  dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka  pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri”  Surah Al-Hadid ayat 22-23.
 
 Tiadalah sakit-sakit  ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada  hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke  arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.
 
 Sakit adalah petanda  bahawa kita adalah manusia.
 
 Ya, manusia yang  lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar  akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat  betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada  Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.
 
 
 
Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini 
 
Jangan dicela sakit yang menimpa.  Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia  yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.
 
 Dan tidaklah  peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila  anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda.  Bukankah itu satu kemuliaan?
 
 Tetapi bagaimana kita  melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?
 
 Ada antara kita  menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.
 
 Namun Allah SWT  berfirman:
 
 “Dan apa  jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada  tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam  pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan  sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.
 
 MasyaAllah… sudahlah  segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan,  buat makar, buat onar, dll - tetapi Allah ampunkan sebahagian besar  dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.
 
 Bukankah kita  sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?
 
 Di sini kita  muhasabah kembali kehidupan kita.
 
 Sakit itu nikmat,  yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.
 
 
 
 
 
Ps: dan saya sudah semakin sihat.  Sekejap aja sakitnya. Alhamdulillah. Mungkin Allah suruh beringat  sahaja. Bila dah beringat, Dia angkat penyakitnya.
Sekian...
(Ps: Siapakah yang lebih mulia...dari mereka yang tidak lupa....?)