Wednesday, April 4, 2012

Istikharah....





"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).




5 comments:

  1. Sesuai pula dengan solusi April (isu 42) yang fokuskan tentang istikharah.
    kebanyakan orang silap, mereka sudah berat dengan satu pilihan sebelum mereka istikharah. jika sebegini, apakah mereka mampu terima hasilnya jika ianya bertentangan dengan pilihan mereka?
    'sebaiknya, kosongkan hati sebelum laksanakan solat istikharah dan tunggu datangnya input ketenangan, kelapangan dan kecenderungan terhadap satu- satu keputusan.
    "hendaklah dia memilih perkara yang melapangkan dadanya" -Imam Nawawi
    [huu~ sori maen sukati je komen2 ni]

    ReplyDelete
  2. sbnarnya x stuju ngan kenyataan kosongkn hati tu...sbb mmg kita akn berat salah satu pilihan but bila da buat solat istikharah...insyallah kalau pilihan yg kita buat tu baik untuk kita akan dipermudahkan .... and kalau x elok untuk kita ... walaupun kita suka pilihan tu ..hati kita akan dipermudahkan untuk melupakan pilihan tu and akan dibukakan jalan untuk pilihan lagi satu...sbb tu turun ayat 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.' (Al Baqarah ayat 216) =) just pendapat...

    ReplyDelete
  3. pendapat anda diterima~ huhu.. betul juga kata- kata anda itu.nak tambah: "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" [ al-Taghabun;64:11] ingatkan maksud kosongkan hati tu, dah pilih tapi x tau betul ke x, so biarkan dilema itu hilang... huhu.. tapi sebenarnya, kalau ikutkan hampir tiada siapa yang mampu untuk mengosongkan hati mereka sebelum istikharah. mesti ada walau sekecil zarah pun. :)

    ReplyDelete
  4. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menekankan supaya jangan cenderung kepada satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah... Tapi kalau ikutkan memang selalu kita akan cenderung kepada satu pilihan sahaja... bila kita istikharah insyaallah jika hati kita tenang maka teruskan dengan pilihan kita itu...

    Tambahan lagi satu, sekiranya kita bermimpikan sesuatu selepas istikharah, kita perlu memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.. oleh itu kita mestilah bersihkan hati dan insyaallah selalunya orang yang selalu melakukan istikharah adalah orang yang beriman kerana solat ini sangat digalakkan dalam semua pekerjaan...

    Rasulullah SAW berkata, " Antara sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan reda dengan apa ynag ditentukan kepadanya dan daripada keburukan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya." [Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi]

    ReplyDelete