Pada suatu hari terjadi percakapan di antara Nabi s.a.w dengan Abu Bakar Sidiq. Sahabat-sahabat yang lain pun ada mendengarnya...
        "Wahai Abu Bakar, begitu rinduku hendak bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan)", kata Nabi s.a.w. "
       "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini teman-teman engkau?" jawab Abu Bakar...
        "Bukan! Kamu ini adalah sahabat-sahabat ku," jawab Nabi.
 Keterangan Nabi itu sungguh menghairankan Abu Bakar, juga  sahabat-sahabat lain yang hadir. Apakah bezanya antara sahabat dan  ikhwan, siapakah yang dimaksudkan Nabi s.a.w. itu dengan penuh  kerinduan? Demikian persoalan bermain dalam fikiran mereka dan suasana  percakapan menjadi lebih serius kerana masing-masing ingin tahu  mengenainya....
 Nabi segera memahami suasana yang ada bila keterangan baginda  mengejutkan Abu Bakar dan sekalian sahabat yang ada di majlis itu. Maka  segeralah baginda menghuraikan..
     "Ikhwan(saudara-saudara) ku." "Mereka belom pernah melihat  aku,tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka  mencintaiku. Aku dicintai melebihi dari anak dan orang-orang tua  mereka."
    "Ya Rasulullah, bukankah kami ini ikhwan engkau?'' bertanya sahabat baginda...
   "Kamu semua adalah sahabat-sahabat aku," jelas Nabi.
       "wahai Abu Bakar, adakah engkau tidk akan merindui kepada  ikhwanku itu kerana mereka juga mencintai engkau kerana engkau  sahabatku?"demikian Nabi menjelaskan perkara itu..
 Begitulah Nabi s.a.w. menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah  wafatnya baginda. Mereka itu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun  mereka tidak pernah bertemu dengan baginda. Mereka membaca Quran dan  Hadis dan kerana itu mencintai Nabinya sebagai Rasul Allah yang  penghabisan. Mereka juga mencintai Abu Bakar Sidiq dan sahabat-sahabat  Nabi yang berjuang pada menegakkan Islam.
 dalam suatu waktu yang lain, baginda membicarakan kepada  sahabat-sahabattentang kurniaan iman ikhwan dan sekali lagi mereka  menjadi kehairanan..
       "Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya," demikian Nabi bertanya kepada sahabat.
      "Malaikat" jawab mereka.
       "Bagaimana malaikat tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sentiasa dengan Allah.. " jawab baginda.
      " Para Nabi," jawab mereka lagi.
      "bagaimana para Nabi tidak beriman sedangklan wahyu diturunkan kepada mereka?" Nabi s.a.w. membantah jawapan mereka.
     "kami" jawab sahabat lagi.
     "Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangklan aku berada di tengah-tengah kamu?" jawab Nabi.
 betapa hairannya para sahabat mendengar jawapan -jawapan Nabi  s.a.w. itu dan mereka sudah cukup dapat memahaminya. manakala Nabi sedia  maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang  paling ajaib imannya.
          "Makhluk yang paling ajaib imannya ialah mereka yang hidup  sesudah aku.Mereka membaca Qur'an dan beriman dengan semua isinya."   Nabi s.a.w. pernah menegaskan lagi tentang kemurnian iman ikhwan ini  dalam sabdanya: "Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman  dengan aku. Dan berbahagialah tujuh kali orang-orang yang beriman dengan  aku, tetapi tidak pernah berjumpa dengan aku."
 Demikian lah Nabi s.a.w. mencintai ikhwannya