Friday, June 18, 2010

Nikmat ke Sakit?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Salam alaik...

Baru-baru nie ad sahabat penulis telah diuji dengan kesihatan yang kurang baik...

bila ditanya sakita apa dia x mau bg tw...

penulis faham...dan mengutus doa kepada dia....semoga Allah memberi kebaikan keatas ujian yang diberikan kepada nya...

Sebenarnya penulis sendiri agak kurang sihat lately....just pening2 skt je...stress nk exam agaknya...

tapi pernahke kita terfikir...sebenarnya sakit nie adalah nikmat dari Allah???

Penulis baru terbaca satu artikel yang akan menerangkan bagaimana sakit itu mejadi nikmat....

selamat membaca...


Petikan daripada http://ms.langitilahi.com/motivasi-sakit-itu-satu-nikmat/




Semalam saya dah rasa semacam. Sebetulnya, saya sudah mula rasa perubahan pada tubuh saya mulai kelmarin. Rasa lemah dan sentiasa mengantuk tak kena masa. Semalam saya kena selsema. Lama dah tak kena selsema. Lebih teruk lagi, bila saya bersin, darah keluar dari hidung. Dada juga saya semakin sakit, dan tulang belakang saya rasa mencucuk-cucuk. Sebelum tidur, kepala saya rasa berat dan tubuh saya rasa panas.

Pagi tadi, saya tidak boleh bangun. Tubuh saya jadi sangat panas, hingus sudah meleleh ke pipi dan ada yang kering, mata saya tertutup dengan tahi mata. Badan rasa sangat sakit dan tidak boleh bergerak. Saya ada janji untuk menghadiri tazkirah Subuh yang dibuat oleh rakan-rakan.

Saya rasa hati saya sakit. Saya memang nak sangat pergi. Kerana saya telah berjanji.

Tetapi apakan daya, saya sakit.

Lama saya berfikir di pembaringan tadi.

Akhirnya, saya dapat sesuatu.

Sakit itu satu nikmat juga sebenarnya.

Nikmat Peringatan

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.

Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:

“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:

“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”

Maka wajiblah kita memperingatkan diri

Allah SWT berfirman:

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

Penutup: Maka bersyukurlah atas nikmat ini

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.

Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.

Namun Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.

MasyaAllah… sudahlah segala bencana, sakit, adalah disebabkan oleh kita – tak jaga kesihatan, buat makar, buat onar, dll - tetapi Allah ampunkan sebahagian besar dosa kita atas bencana yang datangnya kerana kita.

Bukankah kita sentiasa mendegar: Sakit itu kaffarah dosa?

Di sini kita muhasabah kembali kehidupan kita.

Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

Ps: dan saya sudah semakin sihat. Sekejap aja sakitnya. Alhamdulillah. Mungkin Allah suruh beringat sahaja. Bila dah beringat, Dia angkat penyakitnya.



Sekian...

(Ps: Siapakah yang lebih mulia...dari mereka yang tidak lupa....?)

Impian kasih...

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Salam alaik....
Disini penulis ingin berkongsi dengan pembaca lagu nie...
enjoy....hehe...




Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih


Khutbah Jumaat 18/06/10 Masjid At-Taqwa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Salam Alaik...
Khutbah Jumaat minggu nie dimulakan mcm biasa dgn peringatan supaya bertaqwa kepada Allah..iaitu dengan meninggalkan segala larangan Nya dan melakuakan segala suruhan Nya...
Susungguhnya berbahagialah ornag-orang yang bertaqwa...
Seterusnya, khatib mengingatkan para jemaah bahawa kita kini berada pada blan Rejab menurut kelander islam...
Jumaat ini merupakan Jumaat pertama dalam bulan rejab pada tahun ini...
Rasullulah sering berdoa pada bulan rejab :

Ya Allah...anugerahkan lah pada kami keberkatan pada bulan rejab...
dan juga anugerahkan kepada kami keberkatan pada bulan Syaaban...
dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan...

Semoga sama-sama kita dapat mengamalkan doa tersebut....
Seperti kita semua sedia maklum Ramadhan merupakan bulan keberkatan dan Allah telah menganugerahkan pelbagai keistimewaan dan ganjaran kepada umat islam pada bulan tersebut...
Ibarat bulan promosi penghabisan stok di shopping kompleks ...
harga yang sangat murah diberikan kepada pengunjung...begitu juga pelbagai promosi yang hebat diberikan untuk menarik para pelanggan...
begitu jugalah bulan ramadhan...alangkah ruginya kita kalau x sampai pada bulan tersebut...
pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh Allah kepada hamba Nya...
Subhanallah...sungguh pemurahnya Allah kepada Hamba nya...
Semoga kita diberikan peluang untuk sampai pada bulan ramadhan yang penuh berkat akan datang...

Khutbah diteruskan dengan penceritaan tentang peristiwa besar pada bulan Rejab..
Iaitu tidak lain tidak bukan...Peristiwa isra' dan mikraj...
peristiwa ini sangat besar kerana pada peristiwa ini lah telah disyariatkan tiang agama iaitu solat fardu 5 waktu...subuh..zohor...asar...magrib dan isyak...
sungguh tingginya ibadah tersebut sehingga nabi sendiri telah dipanggil untuk bertemu Allah ke sidratul muntaha....
berlainan dengan ibadah2 lain yang telah disyariatkan melalui perutusan Malaikat Jibril...


Subhana (Maha Suci Dia/Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat)
(Syrah Isra Ayat 1)


Khatib menerang kan beberapa istilah dalam bahasa arab yang menerangkan bahawa anat tersebut telah menerangkan bahawa perjalanan Nabi Muhammad telah bermula dari Masjidil Haram iaitu di Makkah...dan berakhir di Masjidil Aqsa....Seterusnya baginda telah diangkat kelangit pertama...kedua dan setersnya sehingga ke sidratul muntaha
mimbar juga menerangkan di masjidil aqsa jugalah nabi telah bertemu dgn rasul dan nabi-nabi yang terdahuli dan menjadi imam kepada mereka...
mimbar juga menyatakan bahawa ini merupakan simbolik dan tanda bahawa berakhirnya nabi dan rasul yang diutusnya kepada bani israil...

Seterusnya khutbah diteruskan dengan perkembangan semasa iaitu kini Masjidil Aqsa telah berada dalam genggaman yahudi laknatullah...

Telah dila`nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan `Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
Surah maidah ayat 78

Seperti yang kita ketahui..terdapat banyak sebab mengapa Bani israil telah dilaknati oleh Allah...mimbar menerangkan sebab utama iaitu mereka telah membunuk nabi-nabi dan rasul-rasul yang telah diutuskan kepada mereka untuk kesejahteraan dan keamanan merka sendiri...
semoga kita tidak termasuk kedalam golongan yang melampaui batas...(tinggal kat kepala batas x pe...huhu)

Seterusnya mimbar menyeru...jemaah sama ada dewasa atau remaja dan kanak-kanak untuk menanamkansemangat yang berkobar-kobar untuk berjihad untuk membebas kan masjidil aqsa daripada genggaman yahudi...
Tanyalah pada diri kita...sejak awal muharam yang lalu...selama 6 bulan 5 hari yang lalu..pernahkah kita berdoa untuk kekuatan umat islam di palestine....supaya diberikan dan disuburkan semangat kesabaran dalam hati mereka???
Sudahkah kita berdoa??
Dalam keadaan mata remaja2 permata islam kini sedang tertumpu kearah FIFA WORLD CUP ....sudah terlupa kah kita kepada saudara islam kita di palestine yang kesakitan dan diperlakukan sesuka hati oleh tentera yahudi??
Jikalau dulu...martabat seorang wanita islam sangat dijaga...sehingga jika diganggu seorang daripada mereka oleh kaum yang lain boleh menimbulkan perang...
tapi kini di palestine ...berapa ramai kaum hawa telah diperlakukan sesuka hati oleh kaun yahudi....dan umat islam ......hanya melihat.... (-_-)

Disamping menunjukan perasaan membantah peruatan yahudi..sama2 lah kita memboikot barangan yahudi...dengan ini dapat melumpuhkan ekonomi mereka....

Khutbah diakhiri dengan sepotong hadis dari Rasulullah s.a.w yang menerangkan bahawa tidak akan berlaku kiamat sehingga akan berlaku perang besar antara yahudi dan islam....
pada peperangan tersebut umat islam akan membunuh kaum yahudi sehingga mereka lari bertempiaran...ada diantara mereka yang akan bersembunyi di belakan batu dan pokok...maka dengan kuasa Allah...pokok dan batu itu akan berkata " ini yahudi dibelkangku....bunuhlah ia..."
dalam hadis ini...kita dapat lihat kebencian terhadap kaum yahudi juga dilahirkan oleh makhluk yang tidak berakal...jadi mengapa kita yang berakal ini masih menyokong yahudi?
Renung-renungkan la....(pesanan untuk diri sendiri jugak... -_- ....)

Khutbah kedua diteruskan dengan beberapa peringatan umum dan diikuti oleh doa untuk saudara kita di palestine...dan jemaah bersolah fardu jumaat...

Sekian....


Wednesday, June 16, 2010

Nak cerita pasal aq punyer kekasih hati nie...

Aku terlampau sayyyang sgt kat DIA. Penyayang sifatnya.Betul ni..... tak tipu punye!. Pure cinta lah nak dikategorikan tu. Apa taknya masa aku susah, minta tolong sajalah pd DIA . Sure akan dtg bantuan. Bila aku susah hati,bole terus ngadu kat DIA direct! Yg bestnya tu,bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje.For sure lah....KEKEASIH kan!.. Ish... beruntung betul dpt KEKASIH cam ni. tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila2 masa jer aku bole contact DIA. Yg seronok tu, sbb mmg betul rasa DIA tu dekaaaat kat hati ni!. Ye laa... cinta punya psl kan... DIA x kisah pon kalo aku x ingatkan DIA, tapi rugilah aku. Sbb kalo aku ingat n contact je DIA, sure macam2 la yg aku dapat. x kire lah, material ker..... spiritual ker....emmmm mmg KEKASIH sejati lah tu!. Bila aku rindu kt DIA, baca jer surat2 yg DIA bagi tu. Macam2 nasihat ada dlm tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham. Sblm ni, aku pernah agak frust. Mmg sedih giler la masa tu. Ye laa...cinta bagai nak rak, tetiba putus clash gitu aje. Uwaaaa....

Tp KEKASIH aku yg ni lain, DIA x kisah pon dgn cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA x de jeles pon. Cuma aku jer yg selalu jeles ngan DIA, sbb ramai yg jatuh cinta ngan DIA ni. So, aku pon kenalah usaha betul2... kata orgputih....what U give... U get back.... so, kalo aku usaha lebih skit, aku dpt lebih la kan?... KEKASIH aku ni baik sesangat. Perfect!. Tu yg kadang2 aku tengah2 malam.....area kol 3-4 pagi tu pon, kalo aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu lah.......!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya tau.... millionaire... billionaire....n ntah apa2 naire lg. Tu yg pemurah sgt tuh. Semua keperluan hidup aku, DIA yg support.... caya tak???!!... Free of charge.... tp aku x sedap hati laa..... mesti la kena hargai apa yg DIA bagi tu kan?.. mak aku kata, kalo org dh bagi, suke ke x suke, amik aje la..... pas tu pepandai la membalas budi.... jadi, tu yg buat aku sanggup berkorban apa saja...... cewwwaahh!!.. DIA suruh aku belajar sesungguh.. kalo bole belajar sumer ilmu... sbb KEKASIH aku ni mmg cerdik + bijak + genius etc..... DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yg aku buat semua sia2. DIA pon tambah saaaayyyyang kat aku kalo aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni... Ermmmmm...... aku sebenarnya belum pernah jupe DIA lg pon. Belum bersedia la... tp KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nnt, mesti kami akan bertemu. Sekarang menghitung hari la aku ni....tp kecut perut gak!. Takuuuuut!. Maklum lah...x pernah jupe. Aku mesti prepare awal2 drp surat2 yg ada tu, aku tahu apa yg DIA suka, dan apa yg DIA x suka. Mesti la aku nak buat apa yg DIA suka, so that, DIA tambah2 sayang la kat aku kan..??.. Tak per laa.... berkorban sekarang, sbb DIA dh janji, sapa2 yg DIA syg, DIA bagi hadiah special yg aku seniri x pernah terpikey pon!.. Isssyyyy...... Rindu sangat dah ni..!!

"KEKASIH ku.....aku berjanji, aku akan bertahankan cinta suci ini....walau nyawa digalang gantikan, menggadaikan cinta teragung ini, tidak sama sekali... walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia...... Itu lah KEKASIH ku..... ALLAH SWT..... Cinta
Teragungku......"

Ujian Allah...


Dengan nama Allah yang maha pemurah
lagi maha mengasihani

Salam....pagi nie tiba2 je rasa sedih kerana beberapa sebab...
actually sekarang nie diri sedang diuji dgn macam2 dugaan...
Antaranya exam...kwn2....sahabat2..n mcm2 lagi..
kwn2 dan sahabat bagi saya dua golongan yang berbeza..
kwn atau kenalan adalah golongan yang kita hanya kenal sahaja..
sahabat pula adalah golongan yang akan bersama sy sewaktu susah dan senang....

Kpd kwn2 dan sahabat....
nk share lagu nie ngan korg...
kalau ad yang sedih2 atau tension2...
ingat la...ALLAH always by your side...
enjoy...






Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Sapa nak jawab pantun nihhh???

Suasana hari ini Ibadat jadi adat ... adat jadi Ibadat ...

Kalau duit yang kita perolehi ni berkat hidup menjadi berkat,
Bila hidup berkat ... diri kita selamat,
Bila diri kita selamat .... hidup dengan orang lain menjadi sepakat,
Bila rumah tangga jadi sepakat ... masyarakat jadi musyafakat,
Bila masyarakat menjadi musyafakat ... negara jadi kuat,
Bila negara jadi kuat ... negara luar jadi hormat,
Bila negara jadi hormat ... permusuhan pun tersekat,
Bila permusuhan pun tersekat ... pembangunan pun meningkat,
Bila pembangunan pun meningkat... kemajuan pun menjadi pesat,
Tetapi awas!!! .. kita lihat ... Bila kemajuan menjadi pesat ...
kita lihat bangunan pun jadi bertingkat-tingkat,
Dan dicelah-celah itu tempat maksiat tumbuh macam kulat, Ketika itu ...
bila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat manusia ... mengubah tabiat,
Bila manusia mula mengubah tabiat ... ketika itu ada yang jadi lalat, ada
yang jadi ulat,
Bila manusia mula nak jadi lalat, nak jadi ulat, .. sembahyang makin hari
makin liat,
Bila sembahyang makin liat ... orang baik mula tukar nak jadi jahat,
Bila orang baik boleh jadi jahat ... orang miskin nak kaya cepat,
Bila orang miskin nak kaya cepat ... ada pulak orang tua nak mati lambat,
Bila orang tua pakat nak mati lambat ... maka pakat lawan cara ubat,
Bila pakat lawan cara ubat ... tak cukup madu telan air gamat,

Ini lagi satu ... anak-anak muda lelaki pakat duk pakai seluar ketat,
Pakai baju nampak pusat... Rambut jarang sikat ... kasut? Tak payah nak ikat
...
Perempuan pulak ...? ... pakat pakai mini sekerat ... pakai pulak sama
sendat ...
Kadang-kadang nampak yang 'bersurat' ... tak kira bujuq tak kira bulat ...
(maap .. hek! ) Bila jadi macam tu ... sapa lihat pasti tercegat ... silap
gaya jadi gawat ...

Bohsia, bohjan lagi hebat ... duduk jauh berkirim surat ... bila berjumpo
tangan berjabat ...
kemudian pakat lawan peluk erat ... tunjuk sapa kuat ... Masa tu napas turun
naik tersekat-sekat ...
usah peduli agama dan adat ...

Usah takut allah dan malaikat ... bukan nampak ... yang penting apa kita nak
buat..?
Boh pi la kita pakat buat ......!! Bila jadi maksiat macam ni ... akhirnya
perut kempih dah jadi bulat...!
Bila perut dah jadi bulat ... maka lahirlah pulak anak-anak yang tak cukup
sifat ...
Bila lahir anak tak cukup sifat ... campak pi buang merata tak kira tempat
...

Maknanya .... masa tu syaitan dan iblis pun melompat,
Katanya " Habis manusia dah masuk jerat" ... " Habih manusia telah
tersesat"...
Inilah dia fenomena masyarakat ...

Oleh itu ingatlah wahai masyarakat .... dunia ini makin singkat ...
esok lusa entah kiamat ... Masa tu kita semua akan berangkat ...
berangkat kemana? Berangkat menuju kedunia akhirat ...

Di sana kita bakal ditanya soalannya empat ...
1. Umur dan masa kamu di dunia banyak mana kamu buat ibadat ...
2. zaman muda kamu apa yang kamu buat ...
3. harta benda kamu dari mana engkau dapat ...
4. ilmu kamu adakah kamu manafaat ...

Tiket perjalanan percuma

BUTIR-BUTIR DIRI
Nama Sebenar : Hamba Allah
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Bumi

MAKLUMAT PERJALANAN
Tempat berlepas : Kehidupan fana di dunia
Destinasi : Alam akhirat yg abadi
Tempoh perjalanan: Seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Masa berlepas: Ketika Malaikat Maut menjemput
Masa pendaftaran : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti, mesti dan tidak boleh berubah

SYARAT PERJALANAN
~ Ditujukan kepada semua penumpang, Sila beri perhatian, kerana anda akan memulakan perjalanan anda pada bila-bila masa
~Bagi penumpang yg masih belum jelas, sila dapatkan maklumat lanjut dari dalam Al-Quran dan hadith. Sebarang masalah yang dihadapi hendaklah dirujuk kepada para alim ulama dan cendikiawan.

KEPERLUAN
~kain kafan
~Kapas putih secukupnya

MUATAN LAIN YANG DIPERLUKAN
~Amal soleh
~Sedekah jariah
~Doa anak-anak yang soleh
~Ilmu yang dimanfaatkan

ULANGAN
Tempahan perjalanan adalah satu hala, tetap dan pasti. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang kepada kami menabur bakti dan khidmat kepada anda. Semoga anda gembira dengan perjalanan ini, sesuai dengan firman Allah yg bermaksud:
Barangsiapa yg mengharapkan perjumpaan yg baik terhadap Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan baik. Jangan pula mensyirikkan Allah dengan sesiapapun